Saturday, 24 September 2016

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia

        Legoland Malaysia, taman tema baru yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor Bahru .Dibuka secara rasmi pada 15 September 2012.Taman tema Legoland Malaysia yang merupakan Legoland pertama di Asia itu telah 99 peratus siap dengan sebahagian besar infrastruktur dan taman tema lagoland .LEGOLAND Malaysia yang dibangunkan sekitar 76 ekar. Nusajaya Johor Malaysia adalah institusi seisi keluarga dan anak-anak untuk melakukan aktiviti pada hujung minggu. Taman ini mengandungi lebih daripada 40 permainan .


          Hampir kesemua permainan disediakan adalah mainan jenis mainan "hands-on", maka anda seisi keluarga boleh berinteraksi secara interaktif bersama anak-anak anda.Taman tema lagoland berasaskan lego. Di tengah-tengah taman tema LEGOLAND Malaysia adalah MINILAND, di mana mercu tanda Asia telah dicipta menggunakan lebih 30 juta blok kecil LEGO. Pembinaan monumen dari LEGO ini merupakan satu dunia interaktif pada skala 1:20 (1 nisbah 20), di mana replika model seperti kereta api, kapal terbang dan sebagainya dapat dihidupkan dengan hanya menekan butang.


Peta untuk mencari strategik lokasi di legoland .  

    
Peta Keseluruhan Taman Tema LEGOLAND Johor Malaysia


    
Keretapi interaktif berskala diperbuat dan menyerupai permainan LEGO

Rollercoaster dijangkakan menyusur dengan kelajuan sehingga mencecah 50 KM sejam.
Diperbuat oleh jurutera tempatan dan antarabangsa.

Replika bangunan Pejabat Perdana Menteri Putrajaya diperbuat dari blok kecil LEGO menjadi tarikan.


    
Antara tarikan interaktif pengunjung ke Taman Tema LEGOLAND Malaysia


    
Model interaktif berskala 1:20 untuk pengunjung seisi keluarga.

 
Antara replika bangunan Hotel LEGO diperkenalakan di Taman Tema interaktif LEGOLAND.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LEGOLAND® Malaysia Resort, sila hubungi terus di 607.597 8888. (Setiap hari, 9:00-19:00, waktu Singapura) atau hantarkan e-mel kepada kami di info@LEGOLAND.my

No comments:

Post a Comment