![Desa Water Park Fauzi Aryaan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOLNUD9nMncf3zkPANKJtQVgv4tshl0gDJT7__0A-ajOZ8x0wr08lcC4_4KMsyJBdPKvxr-8GcYj9IbTBylzqnhn87S9lJXAjiogZIdsXQz652SXqMagDTazehAP_9WgTCsOVJMMb5w_c/s320/Desa+Water+Park+Fauzi+Aryaan+1.jpg)
Selain kemudahan yang sangat selesa, pengunjung yang berkunjung di Desa Water Park ini juga tidak terlalu ramai, sendat & padat berbanding taman tema lain.
Dengan hanya RM35 bagi dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak menjadikan taman tema ini menjadi pilihan warga Kuala Lumpur dan sekelilingnya untuk menluangkan masa bersama keluarga.
Sebelum memasuki taman tema ini, pengunjung akan menjalani pemeriksaan dimana segala makanan dan minuman dari luar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk dibawa masuk kedalam taman tema ini.
Apabila melangkah masuk kedalam taman tema ini, anda akan sedikit terpukau dengan warna warni yang mereka tampilkan.
Seperti taman tema lain, mereka akan target golongan kanak-kanak untuk merasai pengalaman yang menggembirakan.
Kemudahan Taman Tema
Bagi anda semua yang ingin pergi ke taman tema ini, dinasihatkan untuk datang seawal mentari kerana disini turut disediakan wakaf-wakaf untuk masing-masing mengambil tempat berehat dan juga membuat kawasan tersebut sebagai 'rumah sementara' anda semua.
Bukan sahaja kemudahan pondok-pondok ini, mereka juga menyediakan tempat untuk berbaring santai yang begitu seronok.
Memang seronok untuk meluangkan masa dihari cuti bersama keluarga disini.
Untuk makluman semua, pengawalan ibu bapa dan juga penjaga amatlah dititik beratkan disini selain kehadiran pengawal keselamatan yang sentiasa berjaga disetiap kawasan yang berair. Mereka begitu teliti dengan keselamatan pengunjung disini.
Sekiranya anda semua berasa lapar atau haus, di Desa Water Park ini juga turut menyediakan gerai-gerai yang menjual makanan untuk memenuhi kehendak perut yang kelaparandan kehausan.
Bagi anda semua yang ingin merasai pengalaman ke taman trema ini, bolehlah ke:
DESA WATER PARK
Jalan Desa, Taman Danau Desa,
58100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-7118 8338
RABU : TUTUP (KECUALI CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH)
SABTU & AHAD / CUTI UMUM / CUTI SEKOLAH
(10:00 AM to 6:00 PM)
ISNIN - JUMAAT
(10.30AM - 6.00PM)